Search This Blog

03 March 2011

BAHAN KREATIF DAN INOVASI YANG DIHASILKAN



A.
BUKU SILAP MATA RINGKAS DAN MUDAH
Buku ini ditulis berdasarkan hobi saya terhadap silapmata yang memberi kejutan minda kreatif. Ini menghasilkan buku ini telah memberi satu inspirasi serta pengalaman kepada saya untuk menghasilkan bahan kreatif yang lain.

Buku ini mengandungi teknik silapmata menggunakan bahan-bahan yang ada dipersekitaran. Teknik silapmata yang terdapat dalam buku ini saya gunakan sebagai selingan dalam ceramah motivasi yang saya berikan. Adakalanya juga dalam ceramah-ceramah hari kebesaran islam. Teknik-teknik ada yang perlu kepada latihan dan sebaliknya.

Saya juga mencadangkan guru-guru praktikum menggunakan teknik dalam buku ini sebagai set induksi yang berkesan. (Pendapat berdasarkan pengalaman)

Bersama-sama buku ini dibekalkan VCD persembahannya yang dirakam menggunakan camera digital version lama. Dalam menghasilkan VCD ini saya bertindak sebagai pelakon (he..he..) tanpa kepala dan diedit sepenuhnya oleh saya sendiri menggunakan movie maker yang saya belajar dari kursus yang dianjur oleh Jabatan Pelajaran Perlis.


B. BUKU TEKA SILANGKATA PENDIDIKAN ISLAM
 
Buku ini adalah buku kedua saya tulis. Buku ini terhasil hasil daripada pemerhatian terhadap buku-buku kreatif yang berada dipasaran yang tidak menjurus kepada pendidikan Islam.

Tempoh masa saya menyiapkan buku ini adalah 2 tahun bermula daripada pengumpulan bahan dan mengesahkan kebenaran bahan tersebut. Softwere bagi membina teka silangkata saya dapatkan daripada internet. 

Proses mencetak dan mendapatkan no ISBN berjalankan dengan mudah memandangkan pengalaman saya menghasilkan buku silapmata sebelum ini. Bak kata pepatah langkah pertama susah sementara kerana langkah kedua menjadi mudah

Buku ini telah membantu beberapa orang guru-guru dalam menyediakan aktiviti berfaedah kepada murid-murid. Alhamdulillah usaha saya berbaloi. 

Buku ini telah diedar sekitar Negeri Perlis, Kedah dan Penang oleh saya sendiri dan sahabat baik yang saya hormati Ustaz Khairuddin yang bertugas di Penang. Antara bentuk aktiviti yang terdapat di dalam buku kecil ini ialah :

Bentuk 1 : Teka silangkata 
Daripada mudah kepada sukar yang melibatkan semua bidang iaitu rukun Islam, rukun Iman, bersuci dan sebagainya.









Bentuk 2 : Mencari Perkataan
Mencari perkataan ini adalah berdasarkan tema iaitu nama-nama malaikat, nama-nama Nabi, nama-nama Solat sunat dan sebagainya.

Setiap nama-nama yang cuba di cari murid diberi penerangan
Aktiviti ini sedikit sebanyak melatih murid menyebut nama-nama yang cuba dicari secara berulangkali hingga nama tersebut dijumpai.




Bentuk 3 : Mencari Jumlah
Aktiviti ini lebih kepada murid mengingati bilangan-bilangan rukun tertentu seperti rukun solat, bilangan malaikat yang wajib diketahui dan sebagainya.





 
Bentuk 4 : Fakta Ringkas
Fakta ini bertujuan untuk saya mendedahkan kepada pembaca beberapa kehebatan Islam dalam cara yang ringkas. Mudah-mudahan fakta ini memberi input berguan kepada kepada pembaca bagi meningkat iman.








 C.VCD SILAPMATA ASAS

1. VCD SILAP MATA SYILING

VCD ini merupakan teknik manipulasi syiling untuk teknik asas. Dengan erti kata lain sekiranya teknik asas ini dapat dikuasai dengan baik anda dapat mencipta teknik yang lain...bergantung pada minat dan kesungguhan.

VCD ini terhasil daripada latihan menggunakan movie maker dan kamera digital. Rakaman dilakukan di dalam bilik bacaan di rumah pada jam 12 tengah malam.

Saya menggunakan teknik silap mata syiling ini bagi menigkatkan motivasi pelajar melalui slogan rajin belatih atau belajar hasilnya berbaloi.


2. VCD SILAP MATA KAD


VCD ini merupakan teknik manipulasi kad untuk teknik asas. Dengan erti kata lain sekiranya teknik asas ini dapat dikuasai dengan baik anda dapat mencipta teknik yang lain...bergantung pada minat dan kesungguhan.


VCD ini terhasil daripada latihan menggunakan movie maker dan kamera digital. Rakaman dilakukan di dalam bilik bacaan di rumah pada jam 12 tengah malam.

Kad yang digunakan adalah kad perniagaan. Daun terup tidak digunakan kerana ia tidak sesuai untuk pendidikan.

Melalui silap mata menggunakan kad ini saya selalu menggunakan kad imbasan huruf hijaiyyah bagi meningkatkan keseronokan murid untuk bermain dengan kad imbasan tersebut. Mudah-mudahan hati mereka terpaut untuk belajar.

MAKMAL PENDIDIKAN ISLAM (Pengenalan)

Slot ini bertujuan berkongsi pengalaman dalam mewujudkan makmal, bilik atau surau pendidikan Islam.

TAZKIRAH (Pengenalan)


Slot Tazkirah ringkas ini bertujuan memberi kemudahan kepada saudaraku mendapat bahan bagi menyampaikan tazkirah apabila diminta. atau lampiran tazkirah yang boleh diedarkan kepada guru-guru lain disekolah saudara melalui aktiviti panitia pendidikan Islam.

a. Topik berkaitan tanggungjawab
b. Topik berkaitan jati diri

CONTOH : Lampiran tazkirah ini saya hasilkan bagi diedarkan kepada guru setiap hari Jumaat. Isi tazkirah ini saya petik daripada majalah solusi, buku-buku terbitan telaga biru dan PTS serta buku-buku yang bersesuaian.

Contoh Lampiran Tazkirah

Antara yang telah diedarkan
Lagi Lampiran Tazkirah yang telah diedarkan
Lagi dan lagi

PENGAJARAN SATU PENGALAMAN

Slot ini sekadar berkongsi pengalaman mengajar dengan saudaraku semua. Mungkin pengalaman ini memberi sedikit idea kepada saudaraku untuk mewujudkan suasana keseronokan belajar kepada murid anda.

a. Pengalaman pengajaran menggunakan Power Point
b. Pengalaman melaksanakan P&P di luar kelas.
c. Membina bahan bantu mengajar

Bahan Jawi yang dibina bertujuan untuk latih tubi mengingat perkataan jawi untuk TAHUN 1
Merujuk sukatan tahun 2010. (Suku kata terbuka + Suku kata terbuka)

contoh sesi 1 (Latih Tubi Membaca)


contoh sesi 2 (Ceraikan huruf)
contoh 3 (Sambungkan huruf)

MURAL DINDING BERUNSUR ISLAM (Pengenalan)

Slot ini bertujuan membantu saudara mendapat idea terbaik untuk melukis mural dinding berunsur Islam.

AKTIVITI SAMBUTAN HARI KEBESARAN ISLAM (Pengenalan)

Slot ini bertujuan membantu saudaraku menjalankan aktiviti sambutan hari-hari kebesaran Islam dengan lebih menarik dan berkesan.

a. Kertas Cadangan
b. Cadangan aktiviti
c. Bahan Aktiviti
d. Bahan-bahan ceramah

HASIL KAJIAN TINDAKAN (Pengenalan)

Slot ini bertujuan mendedahkan kepada saudaraku sekalian tentang bagaimana menbuat kajian tindakan dan kepentingannya. Zaman penuh cabaran ini setiap perkara perlu kepada kajian dan bahan bukti yang kukuh. Melalui kajian ini idea kita akan diterima oleh orang lain tanpa was-was.

KREATIF DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN (pengenalan)

Slot ini bertujuan berkongsi kreativiti dan inovasi anda dalam mendidik murid-murid. Melalui pendekatan ini akan lahir murid-murid yang berfikiran positif dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan.

a. Cadangan Set Induksi
b. Powerpoint
c. Bahan Bantu Lain
d. Cadangan meningkatkan kreativiti dalam pendidikan
e. Silapmata dalam pendidikan

BERKONGSI BUKU

Slot ini bertujuan berkongsi maklumat berkaitan buku yang menarik dan perlu dibaca oleh guru. Gambar di atas ialah gambar buku-buku koleksi saya. Saya yakin sahabat pendidik juga mempunyai koleksi buku masing-masing. Tahniah diucapkan Saudara boleh berkongsi dengan rakan lain melalui blog ini. Buku sterusnya